Saturday, December 18, 2004

Epilog Disember (4)

Di waktu ini aku kesepian
walaupun usia aku bertambah lagi
aku masih keseorangan
adakah aku menafikan cinta
ataupun aku mencari cinta sejati
adakah engkau ataupun dia
yang mempunyai jawapannya
aku pun tak tahu...

Adakah benar seperti orang menyatakan
cinta suci itu disedari bila kita terlepas
ataupun setelah hilang ia..

Adakah aku menunggu cinta
ataupun sedang mencari cinta
dimanakah cinta itu
hanya tuhan yang maha mengetahui

Aku hanya boleh mengharap
agar dapat menggapai cinta itu
dan menyimpannya hingga keakhir hayat
aku berharap.....
aku berserah.....
aku menunggu.....
aku mencari ......

Cinta........

Thursday, December 16, 2004

Epilog Disember (3)

Didalam ketenangan ini
tercoret satu pengalaman hitan
pengalaman yang aku tidak jangka
pengalaman yang sukar diterima bicara

mengapakah ini terjadi
disaat aku mengecapi bahagia
bersama sidia insan tercinta

adakah ini satu kebetulan
ataupun satu ujian yang diberikan
adakah ini bermulanya satu bab diriku yang baru
atau berakhirnya saat-saat indah dalam diriku

mengapa?
didalam ketenangan ini.....

Thursday, December 09, 2004

Epilog Disember (2)

Didalam diri ini
hanya engkau yang aku sayangi
didalam hati ini
hanya wajahmu terpahat erat
didalam ruang fikiran ini
terbayang senyummu yang menawan
didalam telinga ini
hanya hilai tawamu yang ku senangi
aku merindui mu

pulanglah...
kepangkuanku....

Saturday, December 04, 2004

Epilog Disember (1)

Dihati ini
aku terasa kekosongan
kekiri bosan, kekanan tak tau nak buat apa
aku sendiri lagi
walaupun kawan sentiasa disisi
aku ingin yang istimewa
seorang yang bergelar sayang

Difikiran ini
aku teringat saat indah berdua
bercanda diwaktu malam
beramah mesra setiap detik
walaupun setahun kurasakan seperti sebulan
bila kita bertemu...

adakah kau keseorangan
seperti jua aku...
adakah kau kesepian
sepertimana jua aku

adakah.......

Sunday, November 28, 2004

Epilog November (3)

Aku
Masih lagi sendiri
menghadapi hidup ini
melihatkan kawan-kawanku gembira
disamping orang tersayang
membuatkan aku berasa cemburu......

Aku
tak tau apa yang akan terjadi
pada diriku..
aku benar-benar kesepian
didalam cabaran kota metropolitan ini

Aku
kadangkala terasa sakit dihati ini
dengan usikan teman-teman ku
walaupun mereka sekadar mengusik
entah macammana, ia tersemat didalam fikiranku..

Aku masih sendiri lagi....

Friday, November 26, 2004

Epilog November (2)

Mengapa hati ini
bagai meronta-ronta
mencari sesuatu yang tak pasti
untuk mendapatkannya

Mengapa hati ini
berasa keluh kesah
bagai ada sesuatu yang diingini
tidak kesampaian

Mengapa hati ini
Aku terpana dengan mimpi semalam
sesungguhnya aku berasa takut jika ianya menjadi kenyataan
aku tidak mahu persahabatan menjadi taruhan
adakah ia ilusi atau realiti
akupun tak tahu

Mengapa hati ini
bagai disiat-siat terasa sakitnya
adakah kerana aku kesepian
atau kerja-kerja yang bertimbunan

Mengapa hati ini
bagaikan lohong, kosong didalamnya
bolehkah aku hidup seorang diri
ataupun aku perlu mencari teman
untuk menjadi tempatku bermanja
bergurau senda menceriakan suasana

Mengapa hati ini.......

Tuesday, November 16, 2004

Epilog November (1)

Didalam diri ini
Tiada cahaya yang menjadi petunjuk
buat diriku yang kesepian
keseorangan meneruskan kehidupan

Didalam diri ini
bagai ada kekosongan dihati
yang meronta-ronta mencari sebab
yang aku sendiri tidak mengerti

Didalam diri ini
sungguh terluka mengingatkan kisah-kisah lama
aku rindui saat-saat indah
saat dibelai, dimanja, dikucup, dipeluk
aku mengerti perkara yang lalu hanya kenangan
Kenangan yang terpahat difikiranku

Didalam diri ini
kadangkala aku tabah menjalani hidupku ini
kadangkala aku menangis keseorangan
tiada tempat mengadu
tiada telinga sudi mendengar masalahku
tiada bahu tempatku menangis
tiada sepasang tangan memelukku memberi semangat
tiada lagi suara yang tak jemu-jemu menasihatiku

Didalam diri ini
aku hanya redha dengan segala ketentuan
yang telah diaturkan olehNya
aku pasti setiap kepahitan
tentu akan ada manisnya
aku menanti dengan penuh harapan
apakah pengakhiranku satu kegembiraan buat diriku
ataupun satu kesedihan sepanjang hidupku
aku pasrah........

Monday, September 27, 2004

Epilog September (2)

RINDU DIHATI
Hati ku merasa rindu
rindu kepadamu...
dimanakah engkau berada sekarang?

rindu menghimpit hatiku
berbalam-balam kurasa suasana
adakah engkau juga merasai
apa yang aku rasai

kenapa rindu itu sangat menyeksakan....
kenapa rindu itu sangat membebeankan....
kenapa rindu itu amat kurasai....
rindu dihati
sapalah yang tahu....
hanya dia yang merasainya.....

Wednesday, September 01, 2004

Epilog September (1)

Adakah ini CINTA?....
Ketika kau kerinduan
Akan ku bisikkan diangin lalu
Menyampaikan kerinduan aku kepadamu.

Ketika kau kebimbangan
Akan ku pesan pada sang bayu
Supaya membawa perkhabaran gembira buatmu.

Ketika kau keseorangan
Akan ku titipkan warkah-warkah cinta
Menemani kau setiap waktu dan ketika

Ketika kau patah semangat
Akanku tiupkan kata-kata peransang
Supaya kau terus berusaha hingga berjaya.

Ketika kita terasing jauh
Aku terasa kehilanganmu
Harummu, sentuhanmu, matamu sentiasa didalam ingatanku.

Ketika kita berselisih faham
Hatiku sakit seperti tersayat duri
Sakit tidak terperi.

Adakah itu yang dinamakan CINTA?

Sunday, August 01, 2004

Epilog Ogos (1)

Sayang....
Hatiku seperti tidak berdegup;
Ketika engkau tiada disisi;
Mindaku seperti tidak berfungsi
Tanpa mendengar suaramu.
Gelak tawamu dan juga jenakamu;
Membuatkan aku rindu padamu
Belaian lembut tanganmu
Mengusap pipiku, tanganku dan tubuhku
Membuatkan aku seperti disayangi.
Aku rindu belaian mu, gelak tawamu,
Aku terlalu rindu padamu
Dan aku harap kau pun begitu
Sayangku…