Thursday, June 09, 2005

Gurindam...

Dapat idea buat pantun ini bila saya tgk kat blog hideomi. Thanks for creamcaramel
sbb cetuskan idea ini. so the first pantun is from creamcaramel sendiri....

kain indah susunan pusaka,
tempah sulaman entah dimana;
semakin tiba saat dan ketika,
naper hati gundah gulana?

tempah sulaman entah dimana,
sulaman cantik hiasan tenunan;
naper hati gundah gulana,
kerana kekasih jauh diperantauan.

sulaman cantik hiasan tenunan,
diganding pula kain berkotak;
kerana kekasih jauh diperantauan,
entahkan kasih entahkan tidak.

diganding pula kain berkotak,
tampak bergaya sepanjang zaman;
entahkan kasih entahkan tidak,
adik disini ditinggal keseorangan.

tampak bergaya sepanjang zaman,
dipadankan pula dengan sepatu
adik disini ditinggal keseorangan
namun dihati tetap yang satu

dipadankan pula dengan sepatu
sepatu dibeli di kota melaka
namun dihati tetap yang satu
tempat kami berkasih mesra