Saturday, December 18, 2004

Epilog Disember (4)

Di waktu ini aku kesepian
walaupun usia aku bertambah lagi
aku masih keseorangan
adakah aku menafikan cinta
ataupun aku mencari cinta sejati
adakah engkau ataupun dia
yang mempunyai jawapannya
aku pun tak tahu...

Adakah benar seperti orang menyatakan
cinta suci itu disedari bila kita terlepas
ataupun setelah hilang ia..

Adakah aku menunggu cinta
ataupun sedang mencari cinta
dimanakah cinta itu
hanya tuhan yang maha mengetahui

Aku hanya boleh mengharap
agar dapat menggapai cinta itu
dan menyimpannya hingga keakhir hayat
aku berharap.....
aku berserah.....
aku menunggu.....
aku mencari ......

Cinta........

Thursday, December 16, 2004

Epilog Disember (3)

Didalam ketenangan ini
tercoret satu pengalaman hitan
pengalaman yang aku tidak jangka
pengalaman yang sukar diterima bicara

mengapakah ini terjadi
disaat aku mengecapi bahagia
bersama sidia insan tercinta

adakah ini satu kebetulan
ataupun satu ujian yang diberikan
adakah ini bermulanya satu bab diriku yang baru
atau berakhirnya saat-saat indah dalam diriku

mengapa?
didalam ketenangan ini.....

Thursday, December 09, 2004

Epilog Disember (2)

Didalam diri ini
hanya engkau yang aku sayangi
didalam hati ini
hanya wajahmu terpahat erat
didalam ruang fikiran ini
terbayang senyummu yang menawan
didalam telinga ini
hanya hilai tawamu yang ku senangi
aku merindui mu

pulanglah...
kepangkuanku....

Saturday, December 04, 2004

Epilog Disember (1)

Dihati ini
aku terasa kekosongan
kekiri bosan, kekanan tak tau nak buat apa
aku sendiri lagi
walaupun kawan sentiasa disisi
aku ingin yang istimewa
seorang yang bergelar sayang

Difikiran ini
aku teringat saat indah berdua
bercanda diwaktu malam
beramah mesra setiap detik
walaupun setahun kurasakan seperti sebulan
bila kita bertemu...

adakah kau keseorangan
seperti jua aku...
adakah kau kesepian
sepertimana jua aku

adakah.......