Thursday, August 19, 2010

Awak masih ingat tak??

Awak masih ingat tak?
masa kecil dulu,
kita selalu bermain sama,
walaupun org lain tak suka kita
tapi kita tetap berdua.

Awak masih ingat tak?
kita masuk tadika sama-sama.
duduk sebelah, makan sama-sama.
Orang cakap kita jiwang
Tapi kita cakap, eleh, jeleslah tu

Awak masih ingat tak?
Kita masuk darjah satu sama-sama
satu kelas baris yang sama.
cuma saya didepan dan awak dibelakang.
Apa2 hal pun saya selalu toleh kebelakang.

Awak masih ingat tak?
time kita pergi mengaji bersama.
Lepas tu saya kena kejar lembu
Sbb saya pakai baju merah.
Hahaha ketawa awak tgk saya terjun dalam parit.
abih basah baju time tu.
Terus tak jadi ngaji

Awak masih ingat tak?
Ketika kita menghadapi UPSR.
Awak selalu tolong saya motivasikan diri
saya selalu tolong awak subjek yang susah.

Awak masih ingat tak?
Tentu awak tak ingat kan..
Sbb semua ini imaginasi saya sahaja..

Yang penting saya ingat...

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Al mubarak

Ramadhan menjelma lagi,
Syukurku pada Ilahi,
Diatas kurniaan ini,
Nafasku masih disini,

Bulan Mulia bulan Ramadhan
Membawa harapan dan ketenangan
Semoga hatiku tenteram dan aman
dibulan penuh keberkatan.

Berpuasa lapar dan dahaga
menjaga pula gaya dan kata
semoga bersederhana dalam segala
cuma amalan ditingkatkan jua.

ramadhan ku.....