Awak masih ingat tak?
masa kecil dulu,
kita selalu bermain sama,
walaupun org lain tak suka kita
tapi kita tetap berdua.
Awak masih ingat tak?
kita masuk tadika sama-sama.
duduk sebelah, makan sama-sama.
Orang cakap kita jiwang
Tapi kita cakap, eleh, jeleslah tu
Awak masih ingat tak?
Kita masuk darjah satu sama-sama
satu kelas baris yang sama.
cuma saya didepan dan awak dibelakang.
Apa2 hal pun saya selalu toleh kebelakang.
Awak masih ingat tak?
time kita pergi mengaji bersama.
Lepas tu saya kena kejar lembu
Sbb saya pakai baju merah.
Hahaha ketawa awak tgk saya terjun dalam parit.
abih basah baju time tu.
Terus tak jadi ngaji
Awak masih ingat tak?
Ketika kita menghadapi UPSR.
Awak selalu tolong saya motivasikan diri
saya selalu tolong awak subjek yang susah.
Awak masih ingat tak?
Tentu awak tak ingat kan..
Sbb semua ini imaginasi saya sahaja..
Yang penting saya ingat...
No comments:
Post a Comment