Thursday, June 09, 2005

Gurindam...

Dapat idea buat pantun ini bila saya tgk kat blog hideomi. Thanks for creamcaramel
sbb cetuskan idea ini. so the first pantun is from creamcaramel sendiri....

kain indah susunan pusaka,
tempah sulaman entah dimana;
semakin tiba saat dan ketika,
naper hati gundah gulana?

tempah sulaman entah dimana,
sulaman cantik hiasan tenunan;
naper hati gundah gulana,
kerana kekasih jauh diperantauan.

sulaman cantik hiasan tenunan,
diganding pula kain berkotak;
kerana kekasih jauh diperantauan,
entahkan kasih entahkan tidak.

diganding pula kain berkotak,
tampak bergaya sepanjang zaman;
entahkan kasih entahkan tidak,
adik disini ditinggal keseorangan.

tampak bergaya sepanjang zaman,
dipadankan pula dengan sepatu
adik disini ditinggal keseorangan
namun dihati tetap yang satu

dipadankan pula dengan sepatu
sepatu dibeli di kota melaka
namun dihati tetap yang satu
tempat kami berkasih mesra

Monday, March 28, 2005

Epilog March 2005

Kenapa aku...

kenapa hari ini..
aku seperti tidak bermaya..
hatiku terasa tidak keruan..
fikiranku melayang-layang

Kenapa aku hari ini?
semangat seperti disambar helang..
terbang jauh diawangan
hilang tanpa dikesan..

Kenapa aku hari ini?
makan seperti tidak kenyang
minum seperti org kehausan
aku berfikir seperti org gila
aku melalut seperti tidak siuman..

Kenapa aku hari ini....
kenapa?.. kenapa?..

Wednesday, January 05, 2005

Epilog Januari 2005 (1)

diwaktu ini
aku berazam sendiri
dihari baru tahun baru
akanku memasang azam baru
mencapai impian tahun ini.

adakah aku yang berjaya
ataupun aku akan gagal
bersama melalui impian diri.