Saturday, December 18, 2004

Epilog Disember (4)

Di waktu ini aku kesepian
walaupun usia aku bertambah lagi
aku masih keseorangan
adakah aku menafikan cinta
ataupun aku mencari cinta sejati
adakah engkau ataupun dia
yang mempunyai jawapannya
aku pun tak tahu...

Adakah benar seperti orang menyatakan
cinta suci itu disedari bila kita terlepas
ataupun setelah hilang ia..

Adakah aku menunggu cinta
ataupun sedang mencari cinta
dimanakah cinta itu
hanya tuhan yang maha mengetahui

Aku hanya boleh mengharap
agar dapat menggapai cinta itu
dan menyimpannya hingga keakhir hayat
aku berharap.....
aku berserah.....
aku menunggu.....
aku mencari ......

Cinta........

No comments: