Mengapa hati ini
bagai meronta-ronta
mencari sesuatu yang tak pasti
untuk mendapatkannya
Mengapa hati ini
berasa keluh kesah
bagai ada sesuatu yang diingini
tidak kesampaian
Mengapa hati ini
Aku terpana dengan mimpi semalam
sesungguhnya aku berasa takut jika ianya menjadi kenyataan
aku tidak mahu persahabatan menjadi taruhan
adakah ia ilusi atau realiti
akupun tak tahu
Mengapa hati ini
bagai disiat-siat terasa sakitnya
adakah kerana aku kesepian
atau kerja-kerja yang bertimbunan
Mengapa hati ini
bagaikan lohong, kosong didalamnya
bolehkah aku hidup seorang diri
ataupun aku perlu mencari teman
untuk menjadi tempatku bermanja
bergurau senda menceriakan suasana
Mengapa hati ini.......
No comments:
Post a Comment